Saturday, July 21, 2012

~coretan Madam S~

assalamualaikum..
Dear diary, cukupla aku menamakan diriku Madam S....S....initial for my hubby name...insyaAllah akulah ketua bidadari suami di syurga nanti...semoga diperkenankan oleh ALLAH...baiklah inginku ceritakan kisah cintaku dengan suami...

2.10.2004

Hari ini aku menerima satu email dari seorang jejaka dari Johor,senang cerita die salah seorang pelajar UTM,fakulti seni bina...mengenali aku dari satu laman sosial tak silap aku time tu rakan mesra...hehehe...tapi aku kurang bagi feedback...coz die memang mamat skema...setiap email darinya aku layan endah tak endah...sehinggalah aku dikatanya...awak ni sombonglah...alahai...akhirnya akupun memberi feedback yang baik untuk menyangkal tuduhan lelaki itu....dielah MR S sekarang...sepanjang tahun 2004 tu kami hanya berkawan sahaja...


Mac 2005


Hari demi hari kamipun mula mesra,dan cuba untuk menjalin cinta dengan syarat berjumpa dulu...pada bulan 3 akupun berjumpa dengannya di JOHOR...mesti orang kate aku ni beranikan...entahla mane aku dapat keberanian tuh...herm..kalu difikirkan adoiiii akupun tak sanggup sebenarnya....pada haritu aku dikenalkan terus dengan familynya...marahnya aku coz aku hanya nak mengenalinya...tapi die terus nak kenalkan dengan familynya....apabila ibunya tahu aku datang jauh dari utara ke selatan,ibunya enggan membenarkan aku balik haritu jugak....dengan takde baju,aku terpaksa akur jugak tido rumah die...huhuhu dalam sejarah aku terpaksa tidur rumah die...ishk geram betul...da aku tak tau nak naik bas kat mane balik ke utara,mane taknya terpaksa la aku redha...huhuhu..nasib baik takde ape2...setelah esoknya,diapun menawarkan diri menghantar aku balik utara...alhamdulillah...selamat dari sebarang perkara yang buruk..


Mei 2005


Aku ditauliahkan sebagai lefternan muda palapes,herm...die datang dengan niat ingin mengenali orang tuaku...sudah...sungguh2 betul pulak jejaka ni..baru mengenali diriku da sejauh itu ingin pergi...Alhamdulillah walaupun sambutan ibu dan bapaku dingin tapi die cakap ingin berikhtiar menambat hati orang tuaku...herm...coz aku pernah cakap...kalu green light kt teruskan kalu tak..putus jelah...


August 2005


Ingat lagi hari itu..ibunya menyarungkan cicin risik untuk ku..hehehe cepat betul la haaa...tapi alhamdulillah...die memang menunjukkan keikhlasannya...dari cerita ibunya akulah gadis pertama yang die kenalkan dengan ibunya,tak sangka pulak anaknya itu memilih gadis dari seberang laut china selatan untuk jadi pasangannya...


Jun 2007


Aku sangkakan panas hingga ke petang..rupanya hujan ditengahari...herm...aku dan dia mengambil keputusan untuk putus...alasannya dia tidak boleh menerima aku kerana aku balik ke negeri asal ku iaitu bumi kenyalang...seumpamanya aku saja ingin menjauhi dirinya...dari khabar2 orang aku percayai dalam keluarganya..rupanya dia memasang cinta baru dengan gadis promoter felisa,aku ketawa dalam nangis...namun aku sedar...kalu ada jodoh kami adalah...ibunya menyatakn penyesalan atas apa yang anaknya lakukan...ibunya memintaku jangan ceritakan kepada ibu bapaku,dia takut keluarga kami jadi musuh...YA...aku memang tak pernah ceritakan kepada ibu bapaku...aku simpan kemas2 namun aku ceritakan jua kepada kakak ku...baran sungguh kakak ku..sampaikan die melarang sama sekali bersua lagi dengan jejaka pilihanku...namun aku inginkan kepastian dari dia betulkah dirinya ada cinta lain dan serius memutuskan hubungan kami...kami bertemu 4mata...tapi dia sebolehnya bermain tarik tali....


Julai 2007


Jumpa seseorang yang telah lama menagih cintaku...tua lebih kurang 8tahun dariku..cukuplah aku kenalkan dirinya sebagai Abang R...subhanallah...betul ALLAH mengatur hidup setiap hambanya...aku istikharah...diapun istikharah...aku bermimpikan ibu kekasih lamaku MR S...memilih telkung,aku nampak pelamin...namun aku tak pasti perkahwinan siapa....esoknya aku tanyakan kepada Abang R...bagaimana pula bayangan dia...die menyatakan bahawa die bermimpikan diriku..tapi hairan aku berpaling terus pergi jauh darinya...namun dia cuba meyakinkan aku bahawasanya dia yakin akulah jodohnya...aku meminta maaf kerana lukai hatinya sekali lagi..aku tak boleh menipu diri sendiri..


August 2007

Aku sekarang berada di KL...menjalani program untuk graduate baru..di sana aku kenali ramai jejaka2 yang ingin mengenali aku...aku cuba untuk terbuka menerima salam perkenalan mereka...herm rupanya ramai lagi sudi menghuni hatiku..tapi aku lerr yang berat nak terima...masih bedarah luka yang lama...herm...aku kenali A,kenali Z dan sekali lagi rakan lama P...herm...dalam ramai2 aku serius dengan P..kami declare as couple akhirnya..sangat caring seoarang guru bahasa inggeris...tua 4tahun dariku...aku suka sikapnya yang caring...tapi bila ku selami hatiku...suka itu lebih kepada seorang sahabat...aku menyesal declare cinta kami..sedangkan ianya lebih kepada tepuk sebelah tangan...P..mengenali aku semasa aku semester 1 di UUM...dia semester akhir UIA...perkenalan kami terjadi disebabkan salah no secara tak sengaja...lebih senang dikatakan panggilan pintasan...aku dail no yang betul...tapi pegi no yang lain...sejaktu la kami berkenalan...setelah kami declare...barulah dia menyatakan dia mula jatuh hati padaku sejak pertama kali melihatku..alahai...dari 2002 tuh...setelah dia merancang ingin melamarku pada bulan februari 2008,akupun setuju dan bulan 12 tahun 2007 dia ingin datang ke KL untuk sama2 kami beli barang majlis pertunangan kami...namun sekali lagi aku hancurkan hati lelaki2 yang ikhlas dengan ku...aku katakan padanya aku sudah cuba untuk mencintainya..tapi cinta itu bukan miliknya....


September 2007

MR S muncul dalam hidup ku kembali,begitu senang aku menerimanya kembali..mungkin itu jodoh...seseorang yang aku kenali semasa program untuk graduan tu mula mengesyaki aku bermain cinta dengan kekasih lama...si A...namun awal2 aku reject si A ni bila tiba2 kekasihnya dari Sabah muncul untuk join program ni...rupenya ada gf...habis dia nak aku jadi apa...uisshh tak nak aku...ok bebalik pasal MR S...sikit demi sedikit aku ingin percayakan dia lagi..aku cari perempuan yang menjadi orang ke3..ku lihat gambarnya...herm boleh tahan...pandai bermakeup..cantik...badan kecik genit...berbeza dengan diriku..tinggi panjang,kurus kering,tak reti bermakeup...aku contact perempuan tu untuk tau status mereka...herm rupanya MR S da tinggalkan dirinya,hanya 1bulan mereka berhubungan...


Oktober 2007
AKu dan MR S semakin pulih,aku pn mula kerja di Johor,ibunya sangat suka si anaknya kembali pulih...sebab selama kami putus..ibunya mengadu anaknya jadi seorang yang murung,suka keluar malam sampai dikunci oleh ayahnya diluar...(pelikkan...macam aku pulak yang salah...)


Februari 2008

Aku menerima surat interview inspektor polis,pusat interview negeri kelahiranku...dengan aku yang baru bekerja sebagai trainee aku tidak ada cuti tahunan...akhirnya aku ambil keputusan berhenti...sekali lagi aku n MR S berperang...dia menyatakan tidak ingin jauh dariku...akhirnya dia mengajak aku berkahwin/bertunang hujung tahun 2008...akhirnya aku tidak berjaya mendapat jawatan inspektor polis...gagal dibahagian interview...sebabnya aku agak selamba menjawab soalan dari tukang interview...esoknya selepas intervie aku terus menduduki ujian Mtest...jadi cikgu pulak...atas permintaan MR S,.dia yang uruskan semua...herm..tak terfikirpun nak jadi cikgu..




Jun 2008


Sekali lagi kami berjumpa aku dan keluarga pergi ke semenanjung untuk membeli barang2 keperluan untuk hari penting kami...MR S cakap cukupla bertunang dulu memandangkan bajetnya untuk menikahiku tidak cukup...tunangpun tunangla...bayangkan risik 2005 tunang 2008...ishk2..




November 2008


AKhirnya terikatla pertunangan aku n MR S...tapi satu hari sebelum bertunang...si A yang aku kenali sewaktu program untuk lepasan graduan tu ber YM denganku n bertanyakan...secara ikhlas dan jujur tidak adakah sayangku untuk dirinya...ahhahaa..maunya aku nak ketawa...takkan la nak sayang...sah2 tak dapat tackle aku dia jadikan kawan serumahku jadi kekasih ke2nya menggantikan tempat yang die sediakan untukku...gila ke ape...tapi aku saja mendera hatinya...no answer for ur question...namun esoknya hari pertunanganku dia hadir menyaksikan diriku menjadi tunangan orang..




Disember 2008


Alhamdulillah,aku telah ditawarkan untuk mengikuti kursus KPLI,satu langkah kakiku ke alam pekerjaan....it;s take 1year to complete the course...unfortunately aku mintak maktab kat JB...dapatnya kat bumi kelahiranku...sekali lagi ombak besar datang dalam hubungan kami..biarlah aku anggap sebagai dugaan bertunang..


Januari 2009-November 2009


Baru beberapa bulan aku menjadi pelatih di pusat perguruan ini,ada jugak beberapa lelaki flirt dengan aku...tak semua tahu aku da bertunang...hanya kawan2 perempuan je tau aku da bertunang...hehehe...seronok juga jadi perhatian...memang lumrah wanita suka perhatian..tapi aku takla take seriouse every guys yang flirt dengan aku...lebih2 lagi jejaka2 satu kelas ku sudah warning kawan2 seasrama dengan dieorang...which girl yang da kawen,bertunang,ade bf...hehehe...siap dieorang citer sorang mamat nih dieorang warning...kalu ko nak gak ngan Madam S nih....sedia jelah belakang ko kene kapak..maunya daku tergelak...semasa kursus nih,hubungan aku n MR S hambar,dia dengan kerjayanya,aku dalam usaha memiliki kerjaya sendiri...dengan jarak yang jauh,sukar untuk kami mengagak what will happen next...berapa kali aku rasa putus harapan,kadang2 sekali seminggu je dia hubungi aku...terseksa rasanya,seperti tidak diperlukan lansung....


Disember 2009


Keputusan posting telah keluar,begetar jiwaku...sesungguhya diawal bulan 3 kami diminta untuk mengisi borang posting...Mr S memintaku untuk memohon negeri J,tapiii bila kakakku mendengarnya dia sudah marah2,sampai mengatakan diriku ini belum hak milik kekal MR S....ibuku yang mendengarnya pun memintaku untuk memohon negeri kelahiranku...apalah dayaku masa itu...aku hanyalah seorang anak yang belum lagi terlepas sebagai tanggungjawab orang tuaku...di depan MR S ku nyatakan aku memohon negeri J...ya aku menipu...aku memberitahu orang tuaku..seandainya aku sudah berkahwin tapi masih lagi tak dipindahkan mengikut MR S dan bersalin n mempunyai anak...diharap mereka sudi mengikut ku demi menjadi tulang belakangku sepanjang aku masih di tempat aku mengajar...akhirnya bulan 12 2009 aku memang mendapat negeri yang aku mintak...hermmm... hubungan semakin meruncing...kerana ingin memujuk MR S...aku mencadangkan kami berkahwin cuti sekolah tahun akan datangnya...dengan harapan the next year,after married kami akan duduk bersama....




12 Jun 2010


Alhamdulillah,setelah bertahun2 menyulam kasih,aku sekarang sah menjadi Madam S yang sah...yang lucu nya pada haritu aku bersalam dengannya hanya menggunakan sebelah tangan...memang shake hand betul lerr...sampai tersipu malu aku ditegur oleh sanak saudara...hari yang sangat bahagia bagi diriku dan dirinya...namun aku tetap bersedih,kerana selang sehari,aku dikehendaki pulang ke ceruk tempat aku mengajara,walaupun masih dalam cuti sekolah,namun ketuaku tidak bertolak ansur dengan statusku yang baru bergelar isteri...




Disember 2010
Alhamdulillah,aku mengandung 5minggu time tu...tapi dalam mengandung aku n hubby tetap merancang honeymoon gunung ledang..ingat kat gunung ledang saje,rupenya Mr S ajak aku pegi melaka pulak,rancangan 2hari 1 malam menjadi 3hari 2malam...herm...letihhh...ALLAH je tau...di early stage of pregnancy berjalan jauh2...mane tak penat..siap tido tepi jalan sebab Mr S tak larat nak drive...takut terbabas...die lena tido...aku???belawan dengan sakit pinggang n krem ari2 tak sudah...sampai kampung suami,rumah neneknya,aku mengadu dengan ibu mertuaku pinggangku sakit...mestilah kene bom..tau ngandung pegi panjat gunung buatperr...huhuhu...serba tak kene...suamipun risau...time tu tak fikirpun keguguran ke ape...herm...tiba masanya aku pulang ke tanah airku


2Januari 2011

selang 2hari balik honeymoon,fly to kuching 1st n kene redah perjalanan sejauh 5jam 1/2...aku balik ke ceruk tempat aku mengajar,baru sehari aku disana,aku terus bleeding non stop 2minggu,asalnya sebelum bleeding tu aku bawak baldi yang penuh dengan baju turun tangga,tah macam mana lerr baldi tu boleh hempap kakiku...huhuhu kene ibu jari kaki kanan lak tuh....balik bilik tekejut tengok ada stain kat spentot....belum lama pastu darah keluar...aku terus mintak tolong housemateku pergi ke hospital..time tu kandungan baru mencecah 6w...aku pun belum melaporkan yang aku mengandung dimana2 KKIA,di emergency room,terpaksa tunggu doktor sebab haritu hari ahad...terpaksa call doctor yang oncall...mereka ingin kepastian betul atau tidak aku mengandung,mereka mengambil darah ku...dan alhamdulillah sekali lagi memang sah aku mengandung...selepas itu docpn tiba,bila scan she's says that my baby's heartbeat still there..nothing happen..maybe implantation blood...relief for a while...n i;m admitted for a day...namun rezeki kami tak panjang,aku keguguran genap kandunganku 8w(15/1/2011)...ya ALLAH,sedih pedih pilu,semua ada,kami sempat bertengkar gara2 aku sukar menerima kenyataan,sehinggalah Mr S mengatakan aku cuba menidakkan ketentuan ALLAH...nauzubillah tidaklah aku ingin menidakkan aturan ALLAH...sepanjang tempoh aku keguguran,suami tidak dapat datang ke SARAWAK disebabkan atuknya nazak,dihari aku dnc diharitu jugakla datuknya meninggal dunia....betapa aku sedar,suamiku ditimpa 2kejadian serentak...ALLAH menguji aku...dan lebih menguji suamiku..


Februari 2011


aku diberi cuti 2minggu dek kerana aku perlu dnc semasa keguguran haritu...kebetulan CNY around the corner...so holiday panjang....selepas berpantang 2minggu,aku ambil keputusan balik ke negeri J untuk berjumpa sang suami...Mr S...sungguh aku merinduinya...dengan adanya dia..hilang semua kemurungan yang ada...dilayannya aku bagaikan puteri, never talk about a past...always about the future...balik semula kebumi kenyalang...herm sekali lagi aku sakit...sakit tak sudah..emak cakap aku ni bentan..tak jaga badan n makan time kat negeri J...rakan2 disekolah pulak mengatakan aku kene something supernatural...and truly inside me said..i;m pregnant..n confidently i;m saying that to my self..hehehe...n once again..alhamdulillah,18/2/2011 Mr S request me to do upt's test...sempena birthday dirinya...alhamdulillah aku sujud syukur...sekali lagi aku pregnant...doaku semoga berpanjangan...




sepanjang aku mengandung...terlalu banyak dugaanku sebagai seorang isteri PJJ,mabukku ku layan sendiri,tidak kering dari sindiran sesetengah orang yang mengangap aku tak melawan mabuktu..biarkan diriku dibuai rasa mabuk..astaghfirullah al-azim...sampai hati...aku memang tak terniat nak ikut morning sicknessku ini..sudah itu rezeki ku ALLAH bagi...redha jelah..jangalah dihina diriku ini....dugaan..demi dugaan aku terima..tangisan,tawa sendirian..tanpa Mr S disisi...berhadapan housemate yang sukar untuk bertolak ansur dengan mom-to be ni lagi sekali aku nangis,aku banyak mendekati diri dengan ALLAH,mengaji,munajat kepada ALLAH...syukur ALHAMDULILLAH...20.10.2011 daku selamat lahirkan sang putera yang manis...seberat 3.375kg...


sahabat setiap dugaan itu ALLAH hadiahkan untuk kita lebih menghargai nikmat yang hadir selepas setiap dugaan...siapalah kita menyoal aturan ALLAH...sapalah kita menidakkan ketentuan ALLAH...kita merancang...ALLAHpun merancang...sebaik2 rancangan ialah dari ALLAH...




Sekarang aku masih disini,berbakti untuk anak2 bumi kenyalang...walaupun hati gundah,gelisah.sedih.dan sepi kerana hidup tanpa teman sejiwaku Mr S,dan membesarkan putera kami sorang2...namun sedar tak sedar disebaliknya...ALLAH menjadikan jati diriku menjadi lebih kuat...mengajarku erti berdikari,mendidikku menjadi seorang ibu,wanita dan guru...whatever happen..deep inside me,i praise to ALLAH,jadikan siapa diri aku hari ini lebih baik dari semalam...biarlah orang katakan aku wanita gersang inginkan perhatian orang keliling...biarlah orang katakan aku ni seorang yang tak boleh diharap...namun ALLAH lebih tau sapa diriku..usahlah aku nyatakan kepada kalian yang ingin dan hanya tau cari salah dan celarku...kerana hidupku bukan kerana kalian...hidupku kerana ALLAH S.W.T...cubalah kalian in my shoes...adakah kalian akan tabah seperti ku???usah kata alah bisa tegal biasa selagi diri kalian bukannya ditempatku...rasa dan telan la kiranya ia pahit mahupun manis...jangan diherdik insan ini...aku hanya seorang ibu dan isteri...bukan siapa2...aku bukanla ingin perhatian kalian dan aku bukanla subject untuk diherdik n 'dimakan' kalian...




sincerely


Madam S....


next episode aku akan menyentuh lebih dalam kisah aku dia dan cinta......




Friday, July 20, 2012

Assalamualaikum....

Ini merupakan blog yang ku cipta untuk aku mengisi setiap kisah dari slot kehidupanku...aku bukanlah sesiapa...hanya insan biasa yang mempunyai hati,mempunyai keinginan,dan mempunyai impian....insan biasa yang hanya mengharapkan barakah daripada ALLAH sepanjang ceritaku di bumiNYA ini....insyaALLAH...aku bukanlah wanita yang terlalu sempurna dimata laki-laki...tapi bagiku memadailah sekiranya aku ini seorang isteri yang menyenangkan hati sang suami....walaupun dari awal perkahwinan aku dan suami kami sering dibadai oleh ombak-ombak besar....hampir tewas beberapa kali...lebih2 bila ombak itu menelanku kedasarnya...namun dengan setiap badai itulah diriku sedikit demi sedikit menjadi seorang wanita...bukanlah gadis seperti zaman bujangku....setiap rancangan ALLAH itu indah...walaupun kita merasainya sangat pahit...namun bila kita cuba muhasabah diri...insyaALLAH kita akan dapat merasai kemanisannya...insyaALLAH...

~sekian dariku~
Madam S