assalamualaikum..
Dear diary, cukupla aku menamakan
diriku Madam S....S....initial for my hubby name...insyaAllah akulah
ketua bidadari suami di syurga nanti...semoga diperkenankan oleh
ALLAH...baiklah inginku ceritakan kisah cintaku dengan suami...
2.10.2004
Hari
ini aku menerima satu email dari seorang jejaka dari Johor,senang
cerita die salah seorang pelajar UTM,fakulti seni bina...mengenali aku
dari satu laman sosial tak silap aku time tu rakan mesra...hehehe...tapi
aku kurang bagi feedback...coz die memang mamat skema...setiap email
darinya aku layan endah tak endah...sehinggalah aku dikatanya...awak ni
sombonglah...alahai...akhirnya akupun memberi feedback yang baik untuk
menyangkal tuduhan lelaki itu....dielah MR S sekarang...sepanjang tahun
2004 tu kami hanya berkawan sahaja...
Mac 2005
Hari demi hari kamipun mula mesra,dan cuba untuk menjalin cinta
dengan syarat berjumpa dulu...pada bulan 3 akupun berjumpa dengannya di
JOHOR...mesti orang kate aku ni beranikan...entahla mane aku dapat
keberanian tuh...herm..kalu difikirkan adoiiii akupun tak sanggup
sebenarnya....pada haritu aku dikenalkan terus dengan
familynya...marahnya aku coz aku hanya nak mengenalinya...tapi die terus
nak kenalkan dengan familynya....apabila ibunya tahu aku datang jauh
dari utara ke selatan,ibunya enggan membenarkan aku balik haritu
jugak....dengan takde baju,aku terpaksa akur jugak tido rumah
die...huhuhu dalam sejarah aku terpaksa tidur rumah die...ishk geram
betul...da aku tak tau nak naik bas kat mane balik ke utara,mane taknya
terpaksa la aku redha...huhuhu..nasib baik takde ape2...setelah
esoknya,diapun menawarkan diri menghantar aku balik
utara...alhamdulillah...selamat dari sebarang perkara yang buruk..
Mei 2005
Aku ditauliahkan sebagai lefternan muda palapes,herm...die datang
dengan niat ingin mengenali orang tuaku...sudah...sungguh2 betul pulak
jejaka ni..baru mengenali diriku da sejauh itu ingin
pergi...Alhamdulillah walaupun sambutan ibu dan bapaku dingin tapi die
cakap ingin berikhtiar menambat hati orang tuaku...herm...coz aku pernah
cakap...kalu green light kt teruskan kalu tak..putus jelah...
August 2005
Ingat lagi hari itu..ibunya menyarungkan cicin risik untuk
ku..hehehe cepat betul la haaa...tapi alhamdulillah...die memang
menunjukkan keikhlasannya...dari cerita ibunya akulah gadis pertama yang
die kenalkan dengan ibunya,tak sangka pulak anaknya itu memilih gadis
dari seberang laut china selatan untuk jadi pasangannya...
Jun 2007
Aku sangkakan panas hingga ke petang..rupanya hujan
ditengahari...herm...aku dan dia mengambil keputusan untuk
putus...alasannya dia tidak boleh menerima aku kerana aku balik ke
negeri asal ku iaitu bumi kenyalang...seumpamanya aku saja ingin
menjauhi dirinya...dari khabar2 orang aku percayai dalam
keluarganya..rupanya dia memasang cinta baru dengan gadis promoter
felisa,aku ketawa dalam nangis...namun aku sedar...kalu ada jodoh kami
adalah...ibunya menyatakn penyesalan atas apa yang anaknya
lakukan...ibunya memintaku jangan ceritakan kepada ibu bapaku,dia takut
keluarga kami jadi musuh...YA...aku memang tak pernah ceritakan kepada
ibu bapaku...aku simpan kemas2 namun aku ceritakan jua kepada kakak
ku...baran sungguh kakak ku..sampaikan die melarang sama sekali bersua
lagi dengan jejaka pilihanku...namun aku inginkan kepastian dari dia
betulkah dirinya ada cinta lain dan serius memutuskan hubungan
kami...kami bertemu 4mata...tapi dia sebolehnya bermain tarik tali....
Julai 2007
Jumpa seseorang yang telah lama menagih cintaku...tua lebih
kurang 8tahun dariku..cukuplah aku kenalkan dirinya sebagai Abang
R...subhanallah...betul ALLAH mengatur hidup setiap hambanya...aku
istikharah...diapun istikharah...aku bermimpikan ibu kekasih lamaku MR
S...memilih telkung,aku nampak pelamin...namun aku tak pasti perkahwinan
siapa....esoknya aku tanyakan kepada Abang R...bagaimana pula bayangan
dia...die menyatakan bahawa die bermimpikan diriku..tapi hairan aku
berpaling terus pergi jauh darinya...namun dia cuba meyakinkan aku
bahawasanya dia yakin akulah jodohnya...aku meminta maaf kerana lukai
hatinya sekali lagi..aku tak boleh menipu diri sendiri..
August 2007
Aku sekarang berada di KL...menjalani
program untuk graduate baru..di sana aku kenali ramai jejaka2 yang ingin
mengenali aku...aku cuba untuk terbuka menerima salam perkenalan
mereka...herm rupanya ramai lagi sudi menghuni hatiku..tapi aku lerr
yang berat nak terima...masih bedarah luka yang lama...herm...aku kenali
A,kenali Z dan sekali lagi rakan lama P...herm...dalam ramai2 aku
serius dengan P..kami declare as couple akhirnya..sangat caring seoarang
guru bahasa inggeris...tua 4tahun dariku...aku suka sikapnya yang
caring...tapi bila ku selami hatiku...suka itu lebih kepada seorang
sahabat...aku menyesal declare cinta kami..sedangkan ianya lebih kepada
tepuk sebelah tangan...P..mengenali aku semasa aku semester 1 di
UUM...dia semester akhir UIA...perkenalan kami terjadi disebabkan salah
no secara tak sengaja...lebih senang dikatakan panggilan pintasan...aku
dail no yang betul...tapi pegi no yang lain...sejaktu la kami
berkenalan...setelah kami declare...barulah dia menyatakan dia mula
jatuh hati padaku sejak pertama kali melihatku..alahai...dari 2002
tuh...setelah dia merancang ingin melamarku pada bulan februari
2008,akupun setuju dan bulan 12 tahun 2007 dia ingin datang ke KL untuk
sama2 kami beli barang majlis pertunangan kami...namun sekali lagi aku
hancurkan hati lelaki2 yang ikhlas dengan ku...aku katakan padanya aku
sudah cuba untuk mencintainya..tapi cinta itu bukan miliknya....
September 2007
MR S muncul dalam hidup ku kembali,begitu senang aku menerimanya
kembali..mungkin itu jodoh...seseorang yang aku kenali semasa program
untuk graduan tu mula mengesyaki aku bermain cinta dengan kekasih
lama...si A...namun awal2 aku reject si A ni bila tiba2 kekasihnya dari
Sabah muncul untuk join program ni...rupenya ada gf...habis dia nak aku
jadi apa...uisshh tak nak aku...ok bebalik pasal MR S...sikit demi
sedikit aku ingin percayakan dia lagi..aku cari perempuan yang menjadi
orang ke3..ku lihat gambarnya...herm boleh tahan...pandai
bermakeup..cantik...badan kecik genit...berbeza dengan diriku..tinggi
panjang,kurus kering,tak reti bermakeup...aku contact perempuan tu untuk
tau status mereka...herm rupanya MR S da tinggalkan dirinya,hanya
1bulan mereka berhubungan...
Oktober 2007
AKu
dan MR S semakin pulih,aku pn mula kerja di Johor,ibunya sangat suka si
anaknya kembali pulih...sebab selama kami putus..ibunya mengadu anaknya
jadi seorang yang murung,suka keluar malam sampai dikunci oleh ayahnya
diluar...(pelikkan...macam aku pulak yang salah...)
Februari 2008
Aku
menerima surat interview inspektor polis,pusat interview negeri
kelahiranku...dengan aku yang baru bekerja sebagai trainee aku tidak ada
cuti tahunan...akhirnya aku ambil keputusan berhenti...sekali lagi aku n
MR S berperang...dia menyatakan tidak ingin jauh dariku...akhirnya dia
mengajak aku berkahwin/bertunang hujung tahun 2008...akhirnya aku tidak
berjaya mendapat jawatan inspektor polis...gagal dibahagian
interview...sebabnya aku agak selamba menjawab soalan dari tukang
interview...esoknya selepas intervie aku terus menduduki ujian
Mtest...jadi cikgu pulak...atas permintaan MR S,.dia yang uruskan
semua...herm..tak terfikirpun nak jadi cikgu..
Jun 2008
Sekali lagi kami berjumpa aku dan keluarga pergi ke semenanjung
untuk membeli barang2 keperluan untuk hari penting kami...MR S cakap
cukupla bertunang dulu memandangkan bajetnya untuk menikahiku tidak
cukup...tunangpun tunangla...bayangkan risik 2005 tunang 2008...ishk2..
November 2008
AKhirnya terikatla pertunangan aku n MR S...tapi satu hari
sebelum bertunang...si A yang aku kenali sewaktu program untuk lepasan
graduan tu ber YM denganku n bertanyakan...secara ikhlas dan jujur tidak
adakah sayangku untuk dirinya...ahhahaa..maunya aku nak ketawa...takkan
la nak sayang...sah2 tak dapat tackle aku dia jadikan kawan serumahku
jadi kekasih ke2nya menggantikan tempat yang die sediakan untukku...gila
ke ape...tapi aku saja mendera hatinya...no answer for ur
question...namun esoknya hari pertunanganku dia hadir menyaksikan diriku
menjadi tunangan orang..
Disember 2008
Alhamdulillah,aku telah ditawarkan untuk mengikuti kursus
KPLI,satu langkah kakiku ke alam pekerjaan....it;s take 1year to
complete the course...unfortunately aku mintak maktab kat JB...dapatnya
kat bumi kelahiranku...sekali lagi ombak besar datang dalam hubungan
kami..biarlah aku anggap sebagai dugaan bertunang..
Januari 2009-November 2009
Baru beberapa bulan aku menjadi pelatih di pusat perguruan
ini,ada jugak beberapa lelaki flirt dengan aku...tak semua tahu aku da
bertunang...hanya kawan2 perempuan je tau aku da
bertunang...hehehe...seronok juga jadi perhatian...memang lumrah wanita
suka perhatian..tapi aku takla take seriouse every guys yang flirt
dengan aku...lebih2 lagi jejaka2 satu kelas ku sudah warning kawan2
seasrama dengan dieorang...which girl yang da kawen,bertunang,ade
bf...hehehe...siap dieorang citer sorang mamat nih dieorang
warning...kalu ko nak gak ngan Madam S nih....sedia jelah belakang ko kene
kapak..maunya daku tergelak...semasa kursus nih,hubungan aku n MR S
hambar,dia dengan kerjayanya,aku dalam usaha memiliki kerjaya
sendiri...dengan jarak yang jauh,sukar untuk kami mengagak what will
happen next...berapa kali aku rasa putus harapan,kadang2 sekali seminggu
je dia hubungi aku...terseksa rasanya,seperti tidak diperlukan
lansung....
Disember 2009
Keputusan posting telah keluar,begetar jiwaku...sesungguhya
diawal bulan 3 kami diminta untuk mengisi borang posting...Mr S
memintaku untuk memohon negeri J,tapiii bila kakakku mendengarnya dia
sudah marah2,sampai mengatakan diriku ini belum hak milik kekal MR
S....ibuku yang mendengarnya pun memintaku untuk memohon negeri
kelahiranku...apalah dayaku masa itu...aku hanyalah seorang anak yang
belum lagi terlepas sebagai tanggungjawab orang tuaku...di depan MR S ku
nyatakan aku memohon negeri J...ya aku menipu...aku memberitahu orang tuaku..seandainya aku sudah berkahwin tapi masih lagi tak dipindahkan mengikut MR S dan bersalin n mempunyai anak...diharap mereka sudi mengikut ku demi menjadi tulang belakangku sepanjang aku masih di tempat aku mengajar...akhirnya bulan 12 2009
aku memang mendapat negeri yang aku mintak...hermmm... hubungan semakin
meruncing...kerana ingin memujuk MR S...aku mencadangkan kami berkahwin
cuti sekolah tahun akan datangnya...dengan harapan the next year,after
married kami akan duduk bersama....
12 Jun 2010
Alhamdulillah,setelah bertahun2 menyulam kasih,aku sekarang sah
menjadi Madam S yang sah...yang lucu nya pada haritu aku bersalam
dengannya hanya menggunakan sebelah tangan...memang shake hand betul
lerr...sampai tersipu malu aku ditegur oleh sanak saudara...hari yang
sangat bahagia bagi diriku dan dirinya...namun aku tetap bersedih,kerana
selang sehari,aku dikehendaki pulang ke ceruk tempat aku
mengajara,walaupun masih dalam cuti sekolah,namun ketuaku tidak bertolak
ansur dengan statusku yang baru bergelar isteri...
Disember 2010
Alhamdulillah,aku mengandung 5minggu time
tu...tapi dalam mengandung aku n hubby tetap merancang honeymoon gunung
ledang..ingat kat gunung ledang saje,rupenya Mr S ajak aku pegi melaka
pulak,rancangan 2hari 1 malam menjadi 3hari
2malam...herm...letihhh...ALLAH je tau...di early stage of pregnancy
berjalan jauh2...mane tak penat..siap tido tepi jalan sebab Mr S tak
larat nak drive...takut terbabas...die lena tido...aku???belawan dengan
sakit pinggang n krem ari2 tak sudah...sampai kampung suami,rumah
neneknya,aku mengadu dengan ibu mertuaku pinggangku sakit...mestilah
kene bom..tau ngandung pegi panjat gunung buatperr...huhuhu...serba tak
kene...suamipun risau...time tu tak fikirpun keguguran ke
ape...herm...tiba masanya aku pulang ke tanah airku
2Januari 2011
selang
2hari balik honeymoon,fly to kuching 1st n kene redah perjalanan sejauh
5jam 1/2...aku balik ke ceruk tempat aku mengajar,baru sehari aku
disana,aku terus bleeding non stop 2minggu,asalnya sebelum bleeding tu
aku bawak baldi yang penuh dengan baju turun tangga,tah macam mana lerr
baldi tu boleh hempap kakiku...huhuhu kene ibu jari kaki kanan lak
tuh....balik bilik tekejut tengok ada stain kat spentot....belum lama
pastu darah keluar...aku terus mintak tolong housemateku pergi ke
hospital..time tu kandungan baru mencecah 6w...aku pun belum melaporkan
yang aku mengandung dimana2 KKIA,di emergency room,terpaksa tunggu
doktor sebab haritu hari ahad...terpaksa call doctor yang
oncall...mereka ingin kepastian betul atau tidak aku mengandung,mereka
mengambil darah ku...dan alhamdulillah sekali lagi memang sah aku
mengandung...selepas itu docpn tiba,bila scan she's says that my baby's
heartbeat still there..nothing happen..maybe implantation blood...relief
for a while...n i;m admitted for a day...namun rezeki kami tak
panjang,aku keguguran genap kandunganku 8w(15/1/2011)...ya ALLAH,sedih
pedih pilu,semua ada,kami sempat bertengkar gara2 aku sukar menerima
kenyataan,sehinggalah Mr S mengatakan aku cuba menidakkan ketentuan
ALLAH...nauzubillah tidaklah aku ingin menidakkan aturan
ALLAH...sepanjang tempoh aku keguguran,suami tidak dapat datang ke
SARAWAK disebabkan atuknya nazak,dihari aku dnc diharitu jugakla
datuknya meninggal dunia....betapa aku sedar,suamiku ditimpa 2kejadian
serentak...ALLAH menguji aku...dan lebih menguji suamiku..
Februari 2011
aku diberi cuti 2minggu dek kerana aku perlu dnc semasa keguguran
haritu...kebetulan CNY around the corner...so holiday
panjang....selepas berpantang 2minggu,aku ambil keputusan balik ke
negeri J untuk berjumpa sang suami...Mr S...sungguh aku
merinduinya...dengan adanya dia..hilang semua kemurungan yang
ada...dilayannya aku bagaikan puteri, never talk about a past...always
about the future...balik semula kebumi kenyalang...herm sekali lagi aku
sakit...sakit tak sudah..emak cakap aku ni bentan..tak jaga badan n
makan time kat negeri J...rakan2 disekolah pulak mengatakan aku kene
something supernatural...and truly inside me said..i;m pregnant..n
confidently i;m saying that to my self..hehehe...n once
again..alhamdulillah,18/2/2011 Mr S request me to do upt's
test...sempena birthday dirinya...alhamdulillah aku sujud
syukur...sekali lagi aku pregnant...doaku semoga berpanjangan...
sepanjang aku mengandung...terlalu banyak dugaanku sebagai
seorang isteri PJJ,mabukku ku layan sendiri,tidak kering dari sindiran
sesetengah orang yang mengangap aku tak melawan mabuktu..biarkan diriku
dibuai rasa mabuk..astaghfirullah al-azim...sampai hati...aku memang tak
terniat nak ikut morning sicknessku ini..sudah itu rezeki ku ALLAH
bagi...redha jelah..jangalah dihina diriku ini....dugaan..demi dugaan
aku terima..tangisan,tawa sendirian..tanpa Mr S disisi...berhadapan
housemate yang sukar untuk bertolak ansur dengan mom-to be ni lagi
sekali aku nangis,aku banyak mendekati diri dengan ALLAH,mengaji,munajat
kepada ALLAH...syukur ALHAMDULILLAH...20.10.2011 daku selamat lahirkan
sang putera yang manis...seberat 3.375kg...
sahabat setiap dugaan itu ALLAH hadiahkan untuk kita lebih
menghargai nikmat yang hadir selepas setiap dugaan...siapalah kita
menyoal aturan ALLAH...sapalah kita menidakkan ketentuan ALLAH...kita
merancang...ALLAHpun merancang...sebaik2 rancangan ialah dari ALLAH...
Sekarang aku masih disini,berbakti untuk anak2 bumi
kenyalang...walaupun hati gundah,gelisah.sedih.dan sepi kerana hidup
tanpa teman sejiwaku Mr S,dan membesarkan putera kami sorang2...namun
sedar tak sedar disebaliknya...ALLAH menjadikan jati diriku menjadi
lebih kuat...mengajarku erti berdikari,mendidikku menjadi seorang
ibu,wanita dan guru...whatever happen..deep inside me,i praise to
ALLAH,jadikan siapa diri aku hari ini lebih baik dari semalam...biarlah orang katakan aku wanita
gersang inginkan perhatian orang keliling...biarlah orang katakan aku
ni seorang yang tak boleh diharap...namun ALLAH lebih tau sapa
diriku..usahlah aku nyatakan kepada kalian yang ingin dan hanya tau cari
salah dan celarku...kerana hidupku bukan kerana kalian...hidupku kerana
ALLAH S.W.T...cubalah kalian in my shoes...adakah kalian akan tabah
seperti ku???usah kata alah bisa tegal biasa selagi diri kalian bukannya
ditempatku...rasa dan telan la kiranya ia pahit mahupun manis...jangan
diherdik insan ini...aku hanya seorang ibu dan isteri...bukan
siapa2...aku bukanla ingin perhatian kalian dan aku bukanla subject
untuk diherdik n 'dimakan' kalian...
sincerely
Madam S....
next episode aku akan menyentuh lebih dalam kisah aku dia dan cinta......
No comments:
Post a Comment